Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

ULAMA terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membiarkan kebencian, perpecahan dan sikap ekstremis merosakkan keamanan negara seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Berkongsi pengalamannya menetap selama 24 tahun di negara Arab, beliau berkata, kehancuran yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah berpunca apabila rakyat berpecah serta berperang sesama sendiri.

“Saya hidup 24 tahun di negara Arab, lihat negara Arab di Yaman, Syria, Libya, mereka berperang sesama sendiri kerana sikap ekstremis.

“Tidak ada sifat belas antara satu sama lain, bermaaf-maafan,” katanya dalam tazkirah khas di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada Jumaat.

Sedutan rakaman tazkirah itu kemudian dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial.

Sehubungan itu, Syeikh Wazir, 78, mengingatkan rakyat supaya menghargai nikmat keamanan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia, selain terus mempertahankan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

Menurut ulama tradisional pondok berkenaan, Malaysia turut dipandang tinggi oleh masyarakat luar termasuk warga Arab yang menyifatkan negara ini sebagai ‘syurga dunia’ lantaran aman dan makmur.

“Orang Arab yang datang ke Malaysia, mereka kata Malaysia ini syurga dunia.

“Yang datang sini dari negara Arab, tidak mahu balik, nak tinggal di sini sebab kita aman dan makmur,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menegur kewujudan sifat kebencian sesama umat Islam serta terhadap masyarakat bukan Islam yang tegasnya bercanggah dengan ajaran agama.

“Walau kita berlainan kaum tetapi dasar kita adalah sama sahaja.

“Tapi kadang-kadang kita sesama sendiri ada sifat kebencian orang Islam sesama Islam dan terhadap bukan Islam. Ini semua bercanggah dengan ajaran Allah,” katanya.

Beliau menyeru rakyat menjaga sebaik-baiknya nikmat keamanan yang dikurniakan kepada Malaysia sambil menegaskan bahawa perpaduan akan membuka ruang kepada lebih banyak rahmat dan kemakmuran.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana