Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) secara tuntas tanpa sebarang kompromi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dan tindakan tegas akan dikenakan tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

“Titah Baginda Tuanku agar siasatan berhubung RCI TH dilaksanakan secara menyeluruh adalah selari dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap syor dan dapatan disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan mempersembahkan taklimat berkaitan laporan RCI TH, selain isu semasa lain termasuk berkaitan FELDA.

Anwar berkata, TH menguruskan amanah yang lahir daripada hasil keringat jutaan rakyat, termasuk petani, penjawat awam serta golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menabung selama bertahun-tahun demi menyahut panggilan haji.

Justeru, beliau berkata, amanah sebesar itu tidak seharusnya dikhianati.

“Sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan tersebut hendaklah diheret ke muka pengadilan menurut lunas undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut menyembah maklum kepada Sultan Ibrahim mengenai perkembangan berkaitan FELDA, termasuk kemajuan siasatan serta laporan Pasukan Petugas Khas yang sedang diperhalusi kerajaan.

Beliau berkata, segala penemuan berhubung perkara itu akan diteliti secara menyeluruh sebelum tindakan sewajarnya diambil mengikut lunas undang-undang.

“Kerajaan MADANI terus berpegang teguh kepada prinsip tatakelola baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban, dengan memastikan keadilan ditegakkan serta setiap pengkhianatan terhadap amanah rakyat dikenakan tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau pangkat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkukuh kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara menerusi penguatkuasaan yang berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara agensi.

Katanya, langkah itu penting bagi membendung jenayah rentas sempadan, sekali gus memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

“Insya-Allah, saya dan seluruh jentera kerajaan akan sentiasa menjunjung titah baginda demi memperkukuh tadbir urus, penguatkuasaan dan keselamatan negara, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung Laporan Siasatan RCI TH dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’ bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini, baginda turut bertitah supaya siasatan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Sehingga kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif dan bekas ketua pegawai kewangan anak syarikat badan berkanun berhubung siasatan laporan RCI TH berkenaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula memulakan siasatan terhadap individu yang dikenal pasti berdasarkan laporan berkenaan melalui analisis risiko percukaian, susulan dikesan ketidaksepadanan antara pemilikan aset dengan jumlah pendapatan yang dilaporkan oleh individu berkenaan.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut membuka lima kertas siasatan susulan sembilan laporan yang diterima berhubung Laporan RCI TH.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari