Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan negara tidak dijadikan laluan perdagangan yang boleh menyumbang kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, ketegasan itu dizahirkan menerusi tindakan pantas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan serta memeriksa sebuah kontena yang disyaki membawa muatan dagangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada AKPS atas tindakan berkenaan.

“Ia juga selaras dengan komitmen Malaysia di bawah kumpulan The Hague serta larangan yang telah berkuat kuasa sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel dan kapal yang membawa muatan ke Israel daripada menggunakan pelabuhan negara,” kata beliau.

Beliau berkata, Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan, keadilan dan undang-undang antarabangsa dalam mempertahankan hak serta maruah rakyat Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, AKPS menerusi kenyataan memaklumkan kontena berkenaan ditahan untuk pemeriksaan selepas disyaki membawa dagangan yang akan dieksport ke Israel.

Agensi itu berkata, penghantaran berkenaan disyaki melanggar Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang menetapkan larangan mengeksport barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel, selaras dengan dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM