Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Cuti sementara Nurul Izzah Anwar daripada tugas sebagai Timbalan Presiden PKR tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran dan operasi parti.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah, sebaliknya memberi ruang dan masa kepada beliau menguruskan hal peribadi serta melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Beliau berkata, keputusan itu selari dengan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Nurul Izzah sebelum ini berhubung hasratnya untuk menumpukan perhatian kepada bidang akademik.

“Bagi memastikan pentadbiran serta operasi parti berjalan lancar dan tidak terganggu, fungsi serta tanggungjawab jawatan Timbalan Presiden kini digalas oleh Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Dalam mesyuarat tempoh hari, MPP memutuskan tidak menerima peletakan jawatan kerana beliau meminta masa seperti kenyataan yang diberikan itu antara lain mengurus diri dan juga menyiapkan serta meneruskan pendidikan PhD.

“Jadi kita beri beliau masa dan tugas serta tanggungjawab Timbalan Presiden, fungsi-fungsi Timbalan Presiden akan digalas oleh Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Jadi kerja tetap berjalan. Nurul Izzah kekal sebagai anggota parti dan akan terus membantu parti dalam perjuangan,” kata Fahmi.

Khamis lalu, Nurul Izzah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas pertimbangan yang panjang bagi membolehkannya mengorak langkah baharu meneruskan pengajian lanjutan berteraskan khidmat dan bakti tanpa semestinya terikat dengan dunia politik.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, keputusan berkenaan tidak mengubah pendiriannya untuk terus kekal sebagai anggota PKR dan memberikan dokongan kepada perjuangan parti ke arah Malaysia yang lebih baik di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan kepemimpinan serta akar umbi.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar