Doktor rugi RM880,000 akibat pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang doktor kerugian lebih RM880,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 44 tahun itu pada mulanya berurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan dalam satu kumpulan dikenali sebagai Aura Wealth Navigation.

Beliau berkata, mangsa kemudian ditawarkan skim pelaburan dikenali sebagai TNB Aura yang menjanjikan pulangan antara 18 hingga 22 peratus selain keuntungan sehingga 500 peratus sekiranya sasaran pelaburan bagi 24 jenis saham dapat dicapai.

“Tertarik dengan tawaran itu, bermula dari 8 November 2025 hingga 7 Januari lepas, mangsa telah membuat sebanyak 21 transaksi pindahan wang ke dalam lima akaun bank berbeza yang didaftarkan atas nama beberapa syarikat berkaitan menggunakan pinjaman peribadi, pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji.

“Mangsa hanya menerima keuntungan sekali sahaja pada peringkat awal pelaburan berjumlah RM1,000 sebelum gagal menerima sebarang pulangan seterusnya seperti yang dijanjikan,” katanya, lapor Bernama.

Yahaya berkata, mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak