Harimau jantan 75 kilogram berjaya ditangkap

IPOH – Seekor harimau belang jantan seberat 75 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang di kawasan Bukit Kinding, Tambun di sini, pada Ahad.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, perangkap dipasang sejurus pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat mengenai kehadiran haiwan liar berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menerima makluman harimau tersebut telah masuk ke dalam perangkap sekitar jam 1 petang sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati harimau belang jantan itu dianggarkan berusia kira-kira dua tahun dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan fizikal.

“Harimau ini akan ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Yusoff mengesahkan harimau yang ditangkap itu bukan haiwan yang dikesan sebelum ini di kawasan aktiviti rekreasi dan pendakian popular Bukit Bangkong seperti yang tular di media sosial.

Jelasnya, harimau tersebut merupakan individu berbeza dan berkemungkinan anak kepada harimau yang pernah dikesan di kawasan Bukit Bangkong sebelum ini.

Terdahulu, Perhilitan Perak berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun dengan berat kira-kira 40 kilogram selepas haiwan berkenaan memasuki perangkap yang dipasang di kawasan Bukit Bangkong.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang