Sarawak umpama rumah kedua saya – Tengku Ampuan Pahang

KUCHING – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar al-Haj bertitah Sarawak kini diibaratkan sebagai rumah kedua buat Baginda.

“Benar-benar, Sarawak telah menjadi rumah kedua saya, dan anda semua adalah seperti sepupu-sepupu saya.

“Ini bukan sekadar persahabatan, ini adalah hubungan kasih yang panjang dan penuh keriangan antara Pahang dengan Sarawak, dua negeri yang disatukan oleh warisan, rasa hormat dan kasih sayang,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Seminar Borneo International Textile Festival (BiTF) 2025, yang berlangsung pada Isnin.

Menurut baginda, layanan mesra rakyat Sarawak menjadikan setiap lawatan ke negeri ini seolah-olah pulang ke rumah sendiri yang diraikan dalam suasana penuh kasih sayang.

Malah, titah baginda, lawatan kali ini bukanlah sebagai seorang kerabat diraja semata-mata, sebaliknya sebagai seorang pelajar untuk mempelajari seni warisan Sarawak yang kaya dan unik.

“Disebabkan itu saya benar-benar berasa rendah diri apabila Sarawak meminta saya untuk memimpin atau memberi inspirasi, sedangkan sebenarnya sayalah pelajar di sini kerana Sarawak adalah sebuah ‘perpustakaan’ kraf dan saya hanya membuka helaian demi helaian, melihatnya dengan penuh rasa syukur.

“Anda memuliakan saya dengan menerima kehadiran saya dalam dunia warisan anda, tetapi yang sebenarnya, andalah guru-guru saya.

“Jadi, janganlah anggap saya sebagai seorang pemimpin di hadapan, anggaplah saya sebagai seorang pelajar yang duduk bersama-sama anda,” titah baginda lagi.

Tambah baginda, kesediaan Sarawak membantu Pahang dalam mempromosikan keunikan budaya, kraf tangan dan kesenian kedua-dua negeri amat dihargai dan diharap terus berkekalan sebagai jambatan yang menghubungkan hubungan persahabatan yang terjalin.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan yang mewakili Menteri Pengangkutan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta tetamu kenamaan lain.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

CHERAS – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan migran warga Bangladesh yang dikenali sebagai “Geng Karim” menerusi serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan rumah persembunyian dan transit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

SIBU – Kerajaan Sarawak merancang melaksanakan transformasi menyeluruh Bandar Sibu menerusi pelan pembangunan jangka panjang yang dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri