KEMAS mainkan peranan penting pendidikan awal generasi muda di luar bandar

LIMBANG – Usaha Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak mendapat pujian apabila program Hari Apresiasi Tabika KEMAS LAKIL ABCD 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan ibu bapa, komuniti setempat serta 53 kanak-kanak yang diraikan di Dewan Bunga Raya pada Isnin.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, yang turut menyifatkan penganjuran ini sebagai satu manifestasi kesungguhan KEMAS dalam melahirkan generasi muda yang seimbang dari pelbagai aspek.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan rasa syukur dan bangga melihat kesungguhan warga KEMAS yang terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan pendidikan awal, terutama masyarakat luar bandar.

“Warga KEMAS sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kanak-kanak mendapat pendedahan awal yang berkualiti.

“Program seperti ini bukan sekadar penyampaian sijil tetapi suatu pengiktirafan kepada usaha gigih mereka dalam membentuk sahsiah, keyakinan diri serta potensi anak-anak,” katanya.

Menurut beliau, seramai 53 kanak-kanak daripada empat kelas tabika diraikan pada majlis berkenaan, sekali gus menunjukkan penglibatan aktif ibu bapa serta keberkesanan program pendidikan awal KEMAS di daerah ini.

Beliau turut menekankan antara objektif program ialah menggalakkan persaingan sihat, mengukuhkan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum serta menerapkan budaya kecemerlangan merupakan elemen penting dalam persediaan anak-anak memasuki alam persekolahan yang lebih mencabar.

Related Posts

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

CHERAS – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan migran warga Bangladesh yang dikenali sebagai “Geng Karim” menerusi serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan rumah persembunyian dan transit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

SIBU – Kerajaan Sarawak merancang melaksanakan transformasi menyeluruh Bandar Sibu menerusi pelan pembangunan jangka panjang yang dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri