Denda RM1,000 guna parkir awam tanpa kebenaran – MBSA

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menguatkuasakan denda sehingga RM1,000 kepada premis yang menggunakan parkir awam tanpa kebenaran.

Timbalan Setiausaha Pembangunan MBSA, Aniza Osman berkata, penguatkuasaan denda ini adalah untuk mengelakkan bengkel kereta, kedai aksesori automotif, pusat cuci kereta dan kedai tayar yang sesuka hati menggunakan ruang parkir awam untuk tujuan perniagaan mereka.

Jelasnya, premis terbabit diwajibkan menyewa dua petak parkir di hadapan pintu masuk kedai masing-masing.

“Premis yang menggunakan petak parkir awam untuk kerja membaik pulih atau mempamerkan barangan menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya lain.

“Di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007, denda RM1,000 boleh dikenakan,” katanya lapor The Star.

Aniza menambah, terdapat 431 bengkel kereta, kedai aksesori, pusat cuci kereta dan kedai tayar di bawah bidang kuasa MBSA.

Jelasnya, kesalahan yang sering dilakukan termasuk meletakkan kon bagi menempah petak parkir, menyusun tayar di ruangan tersebut atau menjadikannya laluan peribadi tanpa membayar caj parkir.

Terdahulu, Aniza mempengerusikan sesi libat urus berhubung Garis Panduan Aktiviti Perkhidmatan Kereta di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, di sini.

Lebih 100 pemilik perniagaan perkhidmatan kereta seperti bengkel, kedai aksesori automotif, pusat cuci kereta dan kedai tayar menghadiri sesi berkenaan.

“Pemilik perniagaan telah dimaklumkan mengenai peraturan kerana kita tidak mahu mereka menyebabkan halangan,” katanya.

Aniza berkata, pihak berkuasa tempatan sedar akan kesukaran dihadapi orang ramai untuk mendapatkan parkir, terutama di kawasan komersial.

“Tujuan penguatkuasaan ini bukan untuk menjejaskan perniagaan tetapi bagi memastikan kelancaran trafik dan melindungi kepentingan awam,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis MBSA, Vincent Chow menggesa Jabatan Penguatkuasaan meningkatkan pemantauan penyalahgunaan petak parkir di kawasan komersial.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat aduan jika terdapat penggunaan petak parkir awam secara tidak sah.

Related Posts

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

TAWAU – Penduduk di sekitar daerah Tawau dinasihatkan supaya tidak panik atau cemas sekiranya melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang pada altitud rendah serta kehadiran aset-aset pertahanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

KOTA KINABALU – Pemilik kenderaan diesel di Sabah kini mempunyai lebih banyak ruang untuk melengkapkan urusan pertukaran hak milik apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah membuka kaunter khas pada setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari