Sarawak umpama rumah kedua saya – Tengku Ampuan Pahang

KUCHING – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar al-Haj bertitah Sarawak kini diibaratkan sebagai rumah kedua buat Baginda.

“Benar-benar, Sarawak telah menjadi rumah kedua saya, dan anda semua adalah seperti sepupu-sepupu saya.

“Ini bukan sekadar persahabatan, ini adalah hubungan kasih yang panjang dan penuh keriangan antara Pahang dengan Sarawak, dua negeri yang disatukan oleh warisan, rasa hormat dan kasih sayang,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Seminar Borneo International Textile Festival (BiTF) 2025, yang berlangsung pada Isnin.

Menurut baginda, layanan mesra rakyat Sarawak menjadikan setiap lawatan ke negeri ini seolah-olah pulang ke rumah sendiri yang diraikan dalam suasana penuh kasih sayang.

Malah, titah baginda, lawatan kali ini bukanlah sebagai seorang kerabat diraja semata-mata, sebaliknya sebagai seorang pelajar untuk mempelajari seni warisan Sarawak yang kaya dan unik.

“Disebabkan itu saya benar-benar berasa rendah diri apabila Sarawak meminta saya untuk memimpin atau memberi inspirasi, sedangkan sebenarnya sayalah pelajar di sini kerana Sarawak adalah sebuah ‘perpustakaan’ kraf dan saya hanya membuka helaian demi helaian, melihatnya dengan penuh rasa syukur.

“Anda memuliakan saya dengan menerima kehadiran saya dalam dunia warisan anda, tetapi yang sebenarnya, andalah guru-guru saya.

“Jadi, janganlah anggap saya sebagai seorang pemimpin di hadapan, anggaplah saya sebagai seorang pelajar yang duduk bersama-sama anda,” titah baginda lagi.

Tambah baginda, kesediaan Sarawak membantu Pahang dalam mempromosikan keunikan budaya, kraf tangan dan kesenian kedua-dua negeri amat dihargai dan diharap terus berkekalan sebagai jambatan yang menghubungkan hubungan persahabatan yang terjalin.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan yang mewakili Menteri Pengangkutan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta tetamu kenamaan lain.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

TAWAU – Golongan belia bukan sekadar pewaris kepimpinan masa depan, sebaliknya menjadi pencetus idea, penggerak ekonomi, peneraju inovasi, pemimpin komuniti serta rakan strategik kerajaan dalam mencorakkan pembangunan Sabah. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

TAWAU – Penubuhan Sukarelawan Muda Sabah Maju Jaya (SMJ) berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ sekali gus penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan agenda pembangunan negeri hingga ke peringkat akar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

Sukarelawan Muda SMJ penghubung kerajaan, rakyat – Nizam

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota