Pendidikan, peluang pekerjaan jadi tumpuan pembangunan Sindumin – Yamani Hafez

SIPITANG – Calon PH DUN Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa menekankan bahawa pendidikan dan peluang pekerjaan adalah antara aspek utama yang menjadi fokus untuk pembangunan Sindumin

Katanya, peluang pekerjaan penting untuk membantu penduduk mendapatkan kerja serta gaji yang bermaruah dan sesuai kerja yang mereka lakukan.

“Pembangunan dari segi sosioekonomi setempat dan infrastruktur turut menjadi keutamaan.

“Peluang keusahawanan sosial juga perlu diperhebatkan untuk memberi manfaat terus kepada komuniti,” katanya dalam satu temu bual, di sini pada Ahad.

Tambahnya, aspirasi ini adalah perkara utama yang ingin dilaksanakan sekiranya PH diberi mandat untuk mewakili Sindumin.

Beliau berharap usaha itu dapat membawa perubahan positif kepada masyarakat tempatan, terutamanya generasi muda.

Sebagai rekod, Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) DUN Sindumin menyaksikan 10 penjuru antara yang terbanyak dalam sejarah DUN tersebut.

Terdahulu, PRN16 bagi kerusi DUN Sindumin disandang oleh Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Dr Yusof Yacob dengan undi sebanyak 5,415 dan majoriti 424 undi, namun Yusof berpindah parti ke Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 2021.

Related Posts

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

PUTRAJAYA – Tiada perbincangan berhubung gesaan supaya diwujudkan undang-undang khusus bagi memastikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA