Politik matang, sambutan penduduk Melalap semakin positif – Jamawi

TENOM – Pendekatan politik matang yang diamalkan calon PH bagi DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar, dilihat semakin mendapat perhatian apabila sambutan masyarakat terhadap kempen beliau terus meningkat sejak hari penamaan calon.

Jamawi berkata, penerimaan penduduk kampung amat menggalakkan dan pendekatan terbuka membolehkannya memasuki setiap kampung untuk menjelaskan hala tuju serta perjuangan politik tanpa sebarang kekangan.

“Kita sudah masuk hari keempat daripada penamaan calon. Saya melihat sambutan semakin lama semakin meningkat.

“Kita pun mengamalkan politik matang. Tiada masalah untuk kita masuk setiap kampung, malahan penerimaan masyarakat kampung juga amat-amat baik sekali,” katanya selepas Jelajah Kempen PH DUN Melalap di Uloi Mansalima, di sini pada Rabu.

Katanya, penduduk turut memberikan ruang untuk mendengar penjelasan dan memahami mesej yang diketengahkan sepanjang kempen.

Dalam pada itu, Jamawi berkata dua isu utama yang menjadi tumpuan penduduk ialah masalah banjir serta isu pemilikan tanah, khususnya tanah milik JLC Sabah yang tidak digunakan.

Beliau memberi jaminan akan membawa cadangan agar sebahagian tanah tersebut dapat dikeluarkan untuk pemilikan penduduk bagi tujuan pembinaan rumah.

Selain menangani isu asas kampung, Jamawi turut menekankan kepentingan memperkukuh sektor pendidikan di Melalap, termasuk meneruskan kursus dan program latihan pertanian bagi golongan muda yang telah dimulakan sebelum ini.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pembinaan sebuah Kampus Matrikulasi khusus untuk Sabah di Melalap atau Tenom, memandangkan kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan pendidikan.

“Pekan baharu Melalap sudah digazetkan 200 ekar, dan sebahagiannya telah ditetapkan sebagai kawasan pendidikan.

“Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu Kampus Matrikulasi untuk Sabah di sini,” katanya.

Jamawi turut berkata bahawa strategi pembangunan pertanian bernilai tinggi serta pengukuhan pendidikan perlu bergerak seiring demi masa depan anak-anak muda Melalap.

Related Posts

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM