Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meneliti secara terperinci dakwaan salah laku dalam pengurusan agensi itu.

“Kita akan bawa (perkara itu) ke Kabinet (untuk) dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini mencadangkan audit forensik dilakukan bagi menentukan sama ada wujud unsur penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan FELDA.

Kelmarin, beliau dilaporkan berkata audit pengurusan semata-mata tidak mencukupi berikutan isu membabitkan FELDA telah berlarutan sejak sekian lama, selain menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, beliau masih menunggu laporan penuh pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pengurusan FELDA.

Menurutnya, pasukan berkenaan sudah memulakan siasatan dan hasilnya dijangka dikemukakan dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Beliau pada masa sama memberi jaminan dapatan siasatan akan diumumkan kepada orang ramai, seperti yang dilakukan kerajaan terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?