Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

SIK – Keadaan air Tasik Gubir di Empangan Muda, di sini yang surut susulan cuaca panas dan musim kemarau menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan itu apabila hasil tangkapan ikan air tawar semakin merosot.

Nelayan, Mad Yusop Ali, 41, berkata, hasil tangkapannya kini hanya sekitar lima hingga tujuh kilogram sehari berbanding 30 hingga 40 kilogram sebelum ini.

Katanya, paras air yang cetek sejak Mei tahun lalu itu menyukarkan pergerakan bot apabila banyak kayu dan tunggul timbul, selain menyebabkan pukat mudah tersangkut dan rosak.

“Kalau air surut, ikan pun kurang. Sebelum ini boleh dapat 30 kilogram tetapi sekarang lima kilogram pun susah.

“Bila air surut ini biasanya yang lebih mudah dapat adalah ikan baung berbanding tilapia. Musim ini saya cuba cari ikan baung sebab tolak lebih mahal iaitu RM20 sekilogram berbanding ikan tilapia RM6 sekilogram,” katanya.

Menurutnya, hasil sekitar lapan kilogram ikan baung memberikan pendapatan kasar kira-kira RM160 sebelum ditolak kos minyak.

“Jika pukat rosak, upah buat pukat boleh mencecah RM180. Saya bimbang air surut lagi jika masih tiada hujan kerana pendapatan akan terjejas lebih teruk,” ujarnya yang merupakan bapa kepada empat anak.

Seorang lagi nelayan, Husin Awang Kecil, 84, berkata, keadaan tasik yang surut menyebabkan hasil tangkapannya merosot kepada dua hingga tiga kilogram sehari.

Katanya, hasil tangkapannya pada semalam hanya 2 kg ikan lampam yang ditolak kepada pusat pengumpulan pada harga kira-kira RM6 sekilogram.

“Semasa air penuh, saya boleh dapat lebih 10 kilogram ikan sekali turun ke tasik. Keadaan ini paling teruk sepanjang 30 tahun menangkap ikan di sini. Ada masa yang saya balik sahaja tanpa hasil, ada masa dapat RM1 sahaja,” katanya.

“Namun begitu, nelayan di sini dapat duit elaun RM250 sebulan, bolehlah tampung perbelanjaan setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, pekerja di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan Air Tawar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Empangan Muda, Gubir, Najmi Yusof berkata, hasil tangkapan semasa air surut berkurangan iaitu sekitar 50 hingga 60 kg sehari berbanding 200 hingga kg sehari semasa air penuh.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM