Calon BN Tanjung Keramat teguh perjuangkan hak rakyat Sabah

TANJUNG KERAMAT – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Jeffery Nor Mohamed tetap dengan pendirian bahawa beliau dan partinya komited memperjuangkan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta perjanjian 40 peratus hasil negeri.

Beliau berkata, perkara terbabit harus diselesaikan dengan tegas dan berkesan kerana isu berkenaan sering dijadikan alat politik ketika pilihan raya untuk meraih sokongan daripada masyarakat setempat.

Tegasnya, UMNO dan BN tidak akan berkompromi dalam memperjuangkan isu terbabit demi kepentingan rakyat serta pembangunan di Sabah.

“Bagi saya, kita tidak mahu bersikap hipokrit. Kita mesti berdepan dengan realiti. Rakyat Sabah berhak mengetahui dengan jelas apa yang kita perjuangkan. Saya mengatakan bahawa perkara ini mesti dituntaskan.

“Maksudnya dituntaskan ialah mesti diselesaikan dengan baik. Sebab, kerana setiap kali pilihan raya, isu-isu ini dimainkan sebagai kempen untuk meraih sentimen,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui selepas walkabout bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Taman Jumbo, pada Rabu.

Dalam pada itu, Jeffery memaklumkan, pihaknya menyambut baik saranan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin agar
Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap isu 40 peratus serta memulakan rundingan segera merupakan pengiktirafan terhadap prinsip undang-undang yang penting.

Beliau memaklumkan, sokongan terhadap usaha ini juga disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang bersetuju dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh BN Sabah.

“Sehubungan itu,mana-mana pihak tidak boleh menafikan. Jika menafikan tindakan kami ini, bahawa kami (UMNO dan BN Sabah) memang berdiri teguh dan melnntut agar isu 40 peratus dan perjanjian MA63 ini mesti ditunaikan dengan sebaik mungkin.

“Jadi, melalui platform BN Sabah, Insya-Allah, dalam pimpinan baru yang akan datang, kita akan terus memperjuangkan hak rakyat Sabah dan nasib rakyat Sabah,” katanya.

DUN Tanjung Keramat menyaksikan pertembungan 11 penjuru dengan Jeffery berdepan Shah Alfie Yahya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Farish Adamz Shah (Perikatan Nasional), Firdaus Diun (Warisan), Segarah Miasin (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Mahadthir Asbollah (Parti Impian Sabah), Mil Kusin Abdillah (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Rosday Wasli (UPKO).

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar