Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

BENTONG – Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian penculikan seorang wanita di hadapan sebuah kedai makan di kawasan Karak di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, semakan dan siasatan awal di premis berkenaan mendapati dakwaan tersebut palsu dan tidak berlaku seperti yang didakwa dalam hantaran tersebut.

Menurutnya, pemilik premis terbabit turut membuat laporan polis pada Isnin berhubung penularan maklumat palsu itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama pemilik akaun media sosial ‘NADIAHRAFIQ_’ untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung penularan hantaran tersebut,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Zaiham berkata, pihaknya memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran serta mengganggu ketenteraman awam.

“Polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat unsur kesalahan di bawah undang-undang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat semakan dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menyebarkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah hendaklah disalurkan terus kepada pihak polis bagi membolehkan semakan dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Zaiham menyeru orang ramai supaya kekal tenang, tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kebenarannya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX