Yamani Hafez komited bawa peruntukan Persekutuan terus ke Sindumin

SINDUMIN – Calon PH DUN Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa menyatakan komitmen untuk memastikan kawasan itu mendapat akses langsung kepada peruntukan Persekutuan bagi mempercepat pembangunan infrastruktur asas.

Dalam sesi dialog bersama penduduk, beliau berkata, keresahan utama masyarakat ketika ini tertumpu kepada kelewatan menyelesaikan isu sekolah agama negeri yang terjejas akibat projek Pan Borneo termasuk urusan pampasan yang belum dimuktamadkan.

Menurutnya, sekolah berkenaan kini terpaksa menumpang di sekolah agama lain, sekali gus menjejaskan kesinambungan pembelajaran pelajar.

“Kita pun mahu tahu di mana pampasan itu, siapa pegang.

“Kalau kita menang nanti kita akan perhalusi perkara inilah, kalau boleh jangan kita hilang, sayang jugakan” katanya semasa ceramah kelompok di Kampung Melalia Sipitang, pada Rabu.

Jelasnya, jika PH diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, isu tersebut akan diberi keutamaan kerana melibatkan kepentingan pendidikan agama masyarakat setempat.

Mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan penduduk di PDM Usuk mengenai keadaan infrastruktur kampung.

“Makanya sangat-sangat penting untuk kita pastikan PH menang di sini.

“Peruntukan negeri kadang-kadang tidak mencukupi, sebab itu penting PH menang di sini, kerana kita juga perlukan peruntukan daripada Persekutuan.

“Hubungan politik yang stabil dengan kerajaan pusat akan membuka ruang lebih luas untuk membawa masuk peruntukan tambahan.

“Perjuangan kita ialah memastikan kita menjadi jambatan terus kepada Persekutuan supaya peruntukan boleh dibawa bersama peruntukan negeri untuk memajukan tempat kita di Sindumin,” ujarnya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan