68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

LIMBANG – Kerajaan Sarawak akan menjalankan penilaian menyeluruh terhadap kerosakan rumah penduduk, bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang terjejas akibat kejadian ribut di daerah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian yang dipengerusikan Residen telah diminta menyediakan senarai lengkap kerosakan bagi membolehkan tindakan susulan diambil segera.

Menurutnya, laporan berkenaan perlu disokong dengan maklumat daripada agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi teknikal lain.

“Kita mahu butiran lengkap mengenai berapa rumah yang terlibat, tahap kerosakan serta anggaran kos yang diperlukan.

“Maklumat ini penting bagi memudahkan kerajaan menyalurkan peruntukan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan yang berlaku,” katanya ketika melakukan lawatan ke beberapa rumah mangsa ribut di Limbang.

Awang Tengah berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap nasib penduduk yang terjejas dan akan berusaha mencari kaedah terbaik untuk membantu mereka.

Beliau berkata, sebanyak 68 buah rumah yang dikenal pasti terjejas akan menerima bantuan awal RM1,000 bagi setiap rumah menerusi LAKIL.

“Bencana tidak memilih siapa kita. Sebab itu kita perlu bertindak bersama dan memastikan mereka yang terjejas mendapat perhatian serta bantuan yang sewajarnya.

“Kita akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu semua mangsa yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penilaian turut melibatkan kemudahan lain yang terjejas termasuk masjid, dewan, hospital, sekolah serta bangunan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan berhubung dengan pihak pengurusan bencana di peringkat negeri selepas penilaian lengkap diterima bagi mendapatkan bantuan dan peruntukan sewajarnya.

“Kita mahu tahu sejauh mana kerosakan yang berlaku dan berapa anggaran kos yang diperlukan bagi membolehkan proses pemulihan dilaksanakan dengan teratur,” katanya.

Awang Tengah turut merakamkan penghargaan kepada individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta pihak lain yang bertindak pantas menyalurkan bantuan awal kepada mangsa.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil rakyat tempatan yang memberikan respons segera dengan turun ke lapangan bagi membantu penduduk terjejas.

“Kerjasama semua pihak amat penting. Kerajaan akan terus bersama rakyat dan memastikan segala keperluan yang memerlukan tindakan segera diberi perhatian,” katanya.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera