Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

SHAH ALAM – Semangat sambutan Maulidur Rasul wajar diterjemahkan melalui amalan kasih sayang bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling menghormati, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau menyeru masyarakat mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengutamakan kasih sayang, penghargaan dan hubungan baik sesama manusia.

“Di hari yang mulia ini, kita disaran menyiram kasih sayang, penghargaan serta selawat kepada penghulu ummah, Rasulullah SAW yang telah meninggalkan kita dengan panduan hidup dunia dan akhirat.

“Secara asasnya, kehidupan yang dirahmati Allah SWT adalah kehidupan yang dibawa menerusi kasih sayang. Apabila sesuatu dilakukan atas niat kasih sayang, ia adalah jujur dan ikhlas,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Amirudin berkata, masyarakat yang menghayati pemikiran dan tingkah laku Rasulullah SAW sebagai insan teladan akan mampu membina kehidupan yang lebih harmoni dan mendamaikan.

Katanya, amalan berkasih sayang sesama manusia merupakan tuntutan Islam dalam menguruskan hubungan sesama umat, komuniti serta masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Semoga semangat Maulidur Rasul tahun ini menginspirasikan iman kita, memperkukuhkan ukhuwah kita dan memberi kebijaksanaan agar kita dapat menjadi umat Islam yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin berkata sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya sekadar tertumpu kepada amalan berselawat, sebaliknya perlu dijadikan ruang untuk memahami kehidupan serta meneladani keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mendalami kehidupan Baginda, termasuk cara berkeluarga, berinteraksi dengan masyarakat serta menghadapi pelbagai cabaran.

Related Posts

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

BENTONG – Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian penculikan seorang wanita di hadapan sebuah kedai makan di kawasan Karak di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

LIMBANG – Kerajaan Sarawak akan menjalankan penilaian menyeluruh terhadap kerosakan rumah penduduk, bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang terjejas akibat kejadian ribut di daerah ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar