Sultan Ibrahim lawat Kementerian Dalam Negeri Bahrain

MANAMA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan melawat Kementerian Dalam Negeri Bahrain (MOI) di sini.

Ketibaan baginda bersama Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, kira-kira jam 12.30 tengah hari disambut Menteri Dalam Negeri Bahrain, Leftenan Jeneral Shaikh Rashid bin Abdullah Al Khalifa, lapor Bernama.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara kemudiannya dimainkan, diikuti perbarisan kehormatan.

Seri Paduka Baginda bersama Raja Hamad kemudiannya menaiki kenderaan khas memeriksa barisan kawalan kehormatan, diikuti persembahan kawad senyap dan persembahan Pasukan Pancaragam Polis.

Sultan Ibrahim dan Raja Hamad kemudiannya ke Pejabat Raja Hamad di MOI untuk sesi pertemuan ringkas, sebelum berangkat menghadiri santapan tengah hari di Kelab Pegawai.

Turut bersama-sama Seri Paduka Baginda ialah paduka anakanda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj; dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin; dan Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Datuk Shazryll Zahiran.

Sultan Ibrahim tiba di sini pada Khamis, selepas menyempurnakan lawatan negara empat hari ke Arab Saudi.

Lawatan negara tiga hari ke Bahrain ini adalah lawatan negara keenam Sultan Ibrahim selepas ke Singapura, China, Brunei, Rusia dan Arab Saudi.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200