Kerajaan berdepan cabaran betulkan persepsi rakyat dalam era media sosial – KP JKOM

KERAJAAN berdepan cabaran besar dalam usaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan dasar serta gagasan Malaysia MADANI berikutan ledakan maklumat dan budaya media sosial masa kini, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, kepimpinan negara hari ini perlu berdepan realiti pertembungan antara idealisme dan keadaan sebenar di lapangan, khususnya apabila maklumat disebarkan secara bebas dan tidak lagi melalui saluran tradisional.

Menurutnya, liberalisasi maklumat, penggunaan algoritma platform sosial serta budaya ‘real-time reality’ membentuk kerangka pemikiran yang akhirnya mencipta persepsi, sekali gus menimbulkan kekeliruan masyarakat.

“Dalam suasana sekarang, orang sukar membezakan antara maklumat yang benar dan yang palsu. Kita berhadapan fenomena ‘deep fake’, ‘manipulated truth’ dan kebenaran yang diselewengkan. Ini menuntut pendekatan komunikasi strategik yang berbeza dan tidak lagi boleh dilakukan secara biasa-biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Ismail menjelaskan, kerajaan kini beroperasi dalam apa yang disifatkan sebagai era ‘post-normal’ yang dicirikan oleh keadaan 3C iaitu rumit (complicated), kompleks (complex) dan kacau-bilau (chaotic), sehingga perkara yang pasti juga boleh menjadi tidak pasti.

“Lebih mencabar, situasi ini berlaku skala besar, skop luas, kelajuan yang tinggi dan berlaku serentak (simultaneously). Keadaan sebegini memerlukan kebijakan luar biasa untuk membetulkan persepsi rakyat,” katanya.

Beliau berkata, antara kekuatan utama yang mendasari pelaksanaan Malaysia MADANI ialah keupayaan kepimpinan negara melakukan ‘mind conditioning’ atau menyusun semula cara fikir masyarakat, menggunakan pendekatan yang lebih segar dan tidak konvensional.

Mengambil contoh pelaksanaan penjajaran semula subsidi diesel, Ismail berkata dasar itu pada awalnya mengundang kekeliruan kerana rakyat sudah terbiasa dengan anggapan bahawa subsidi ialah hak semua tanpa pengecualian.

“Walaupun pelaksanaannya pada peringkat awal mencetuskan kekecohan, hari ini rakyat tidak lagi memperdebatkan isu itu. Penjimatan lebih RM4 bilion hasil penjajaran semula itu akhirnya dapat dipulangkan kepada rakyat melalui dasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat RM100 kepada semua kumpulan iaitu T20, M40 dan B40,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario