Selepas 5 dekad, MMM laksana Mesyuarat Agung pertama, perkukuh kebebasan media

PUTATAN –  Satu detik bersejarah bagi industri media negara iaitu Majlis Media Malaysia (MMM) berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang pertama apabila proses pemilihan bagi ketiga-tiga kategori berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tersebut melibatkan tiga kategori utama iaitu organisasi media, wartawan serta NGO atau akademik yang telah berjalan dengan sangat baik tanpa sebarang masalah.

“Di peringkat Kementerian Komunikasi, Timbalan Menteri telah hadir, saya berada di sini semalam dan kita akan usahakan untuk pastikan beberapa perkara dari segi kewangan dapat disampaikan kepada majlis media.

“Sebelum ini ada beberapa aspek administratif yang tidak selesai tapi saya difahamkan telah hampir ke penghujungnya. Jadi, dana yang disediakan akan disalurkan kepada MMM dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Program Hari Bersama Komuniti (HBK) dan Temu Anak Muda di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kopimpinan, di sini pada Sabtu.

Katanya lagi, detik ini amat bermakna kerana ramai dalam kalangan veteran media memaklumkan bahawa mereka telah menunggu lebih lima dekad untuk melihat penubuhan MMM direalisasikan.

“Hari ini bukan hanya aktanya diluluskan dan mula berkuasa, tetapi pasukan yang akan membentuk majlis yang pertama itu telah dipilih dan mereka akan memulakan proses untuk membentuk MMM,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar barisan pertama MMM dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Saya harap mereka dapat jalankan tugas dengan baik ‘do your duty without fear or favour”  jadilah badan kawal selia kendiri untuk industri dan sektor media.

“Saya percaya dengan pandangan yang dapat dikumpulkan dan disampaikan juga kepada pihak kerajaan, kita akan pastikan media di Malaysia bukan hanya lebih bebas, tapi juga lebih profesional, beretika dan mampan memandangkan pelbagai cabaran sedang dihadapi termasuk akibat daripada kebanjiran media sosial,” katanya.

Terdahulu, seramai 12 individu yang telah dipilih menganggotai Lembaga MMM yang akan memainkan peranan penting dalam memacu hala tuju dan fungsi kawal selia kendiri media negara.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX