Tiga lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok, positif dadah jenis syabu

SARATOK – Tiga lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 42 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil risikan, rondaan berterusan dan maklumat awam sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam tiga operasi berasingan di sekitar Saratok dan Roban di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah jenis syabu.

Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan di Kampung Melango Saratok selepas seorang ibu tampil membuat laporan memohon bantuan pihak polis kerana anaknya disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan Task Force menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di kampung berkenaan. Ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis syabu dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan judi dalam talian,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tangkapan kedua dilakukan keesokan harinya di Jalan Roban Lama (berhampiran Loji Air Lama) apabila pasukan rondaan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek positif dadah jenis syabu serta mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan siasatan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” jelas beliau.

Dalam operasi berasingan pada hari yang sama, polis turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Rumah Krangas Baru, Roban selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan penagihan dadah di kawasan tersebut.

“Suspek juga didapati positif syabu dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik,” ujar beliau.

Mathew menegaskan, IPD Saratok akan terus mempergiatkan Op Tapis Khas dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dengan kerjasama masyarakat setempat.

“Pihak polis amat menghargai kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat dan berharap komuniti terus menjadi mata serta telinga kepada pasukan keselamatan demi memastikan daerah ini bebas daripada gejala dadah,” tambahnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM