Putrajaya teliti keputusan mahkamah tuntutan 40 peratus hasil Sabah – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Peguam Negara untuk meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah.

Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan itu dan komited untuk meneliti alasan penghakiman tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Anwar menyangkal tanggapan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mengambil hasil Sabah tanpa menyumbang kepada pembangunannya.

“Keputusan ini diambil serius oleh Kerajaan Persekutuan. Namun yang memusykilkan adalah keputusan itu mengundang tafsiran yang mengelirukan, seolah-olah Kerajaan Persekutuan ini dan sebelumnya hanya menyedut hasil Sabah dan tidak menyumbang kepada pembangunan Sabah,” kata Anwar pada sesi penerangan khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebagai menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung, Anwar berkata, kerajaan tidak boleh memperincikan perkara yang masih dalam pertikaian mahkamah.

Walau bagaimanapun, bagi menjawab segala tohmahan, Perdana Menteri menyatakan komitmen penuh kerajaan dalam memenuhi segala obligasi kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, kerajaan pimpinannya telah mencapai kejayaan positif dalam menyelesaikan banyak isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sebanyak 13 tuntutan di bawah MA63 telah berjaya diselesaikan, termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Berhad kepada kerajaan Sabah.

“Selepas menyerahkan kuasa tersebut, Kerajaan Persekutuan masih tetap menyediakan peruntukan RM1.2 bilion untuk menjamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menyenaraikan beberapa inisiatif lain seperti pengiktirafan terhadap jabatan teknikal di Sabah serta pemberian kuasa melulus bagi perolehan projek Persekutuan sehingga RM50 juta.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana