Trump ugut mahu bunuh Hamas

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran dan akan menyokong serangan ke atas Hamas ketika gencatan senjata di Gaza dilaporkan semakin goyah.

Trump membuat ugutan itu dengan menggunakan alasan Hamas kononnya sengaja menyerang kumpulan samseng yang bersekongkol dengan Israel.

“Kami tiada pilihan selain membunuh anggota Hamas,” menurutnya menerusi platform X.

Ketika disoal wartawan tentang ancaman itu, Trump menjelaskan ia tidak akan melibatkan pasukan tentera AS.

“Kita tidak perlu hantar askar ke Gaza. Ada ‘orang’ yang sangat dekat dengan mereka untuk bertindak bagi pihak AS,” katanya yang secara jelas merujuk kepada sekutu kuatnya, Israel.

Ugutan itu bertentangan dengan peranannya sebagai ‘pengaman global’ malah Trump sekali lagi membuat pusingan U apabila dia pada mulanya menyokong operasi Hamas ke atas geng jenayah yang bermaharajalela di Gaza.

“Hamas menumpaskan samseng yang sangat jahat. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan tindakan itu,” katanya pada awal minggu lalu.

Difahamkan, pertempuran ganas tercetus antara Hamas dan kumpulan bersenjata di Gaza yang merompak bekalan bantuan dan ‘bekerja’ untuk Israel.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula