Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara.

Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan yang terjadi di Indonesia.

Sehingga kini, kebakaran hutan tersebut gagal dituntaskan oleh pihak kerajaan Indonesia.

Malah, sehingga 21 Oktober 2026, terdapat sebanyak 1350 titik api aktif di seluruh Indonesia mengikut laporan rasmi Kementerian Kehutanan Indonesia sendiri.

Malaysia telah menawarkan bantuan dan bersedia meminjamkan sumber negara, termasuk aset dan tenaga manusia namun, sehingga saat ini kerajaan Indonesia masih gagal memberi jawapan mutlak.

Dalam perkembangan sama, pada 19 Oktober 2026, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman berkata, negara republik itu masih mampu menangani isu berkenaan secara mandiri tanpa bantuan negara-negara luar.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat respons negatif daripada pengguna-pengguna laman sosial dari negara itu.

Dalam masa sama, isu jerebu ini barangkali adalah pertimbangan utama mengapa sehingga kini, Presiden Indonesia, Prabowo masih belum memberi maklum balas rasmi berkenaan kehadiran beliau ke Rundingan Tahunan Malaysia–Indonesia di Pulau Pinang yang dijadual pada 30–31 Oktober ini.

Prabowo dilihat berdepan tekanan yang kuat termasuk tekanan domestik dan daripada negara-negara ASEAN berhubung isu jerebu.

Pemerhatian pada saluran-saluran media sosial, rata-rata rakyat ASEAN, termasuk rakyat Indonesia sendiri menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berhubung kegagalan kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Prabowo.

Sehingga laporan ini ditulis, isu jerebu masih tidak kunjung selesai. Dibimbangi, jika terus berlarutan isu ini akan menjejaskan hubungan diplomatik Indonesia dengan negara-negara ASEAN lainnya.

Rakyat ASEAN menuntut penjelasan dan penyelesaian paling tuntas.

Related Posts

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

SHAH ALAM – Larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze bagi semua urusan rasmi penjawat awam perlu dilaksanakan segera demi melindungi keselamatan negara serta mengelakkan pendedahan data sulit. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi