Rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah ditingkatkan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menekankan fokus utama dalam beberapa aspek termasuk meningkatkan rondaan dan kehadiran polis di kawasan sekolah bagi menyokong dasar keselamatan digital pelajar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian turut memperkukuh kempen kesedaran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta memperkasa peranan Pegawai Perhubungan Sekolah dalam membimbing pelajar mengenai keselamatan siber.

“KDN turut menyokong pendekatan menyeluruh melibatkan (usaha) mempertingkat sistem sokongan kesihatan mental yang mudah diakses dan mesra belia di sekolah serta komuniti.

“Kedua, penguatkuasaan jelas dengan akibat yang konsisten terhadap penyalahgunaan peranti, buli siber dan eksploitasi digital.

“Ketiga, pemantauan dan penyesuaian dasar secara berterusan agar langkah berkenaan kekal relevan dengan perubahan teknologi,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, kerajaan bercadang untuk melarang penggunaan telefon pintar bagi individu berusia bawah 16 tahun sebagai sebahagian daripada langkah segera menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah keganasan dalam kalangan pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut adalah satu daripada tiga langkah segera yang dicadangkan oleh Kabinet.

Ujar Saifuddin, usaha lain juga membabitkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk KPM, Kementerian Kesihatan, PIBG, pertubuhan bukan kerajaan dan platform digital.

“Pendidikan literasi digital yang mantap bagi membentuk pelajar beretika dan bertanggungjawab dalam dunia maya.

“Akauntabiliti platform dan keselamatan melalui reka bentuk supaya syarikat teknologi turut memainkan peranan dalam melindungi pengguna bawah umur,” ujarnya.

Beliau menegaskan isu keselamatan digital pelajar adalah tanggungjawab nasional yang menuntut kerjasama menyeluruh antara kerajaan, institusi pendidikan, ibu bapa, komuniti dan industri teknologi.

Menurutnya, langkah itu bertujuan melindungi masa depan generasi muda supaya mereka membesar dalam persekitaran pembelajaran selamat, berdisiplin dan sejahtera secara mental serta digital, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Related Posts

Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

BANGI – Kerajaan akan memberikan penjelasan berhubung cadangan memansuhkan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik. Menteri Peralihan Tenaga dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar