Imigresen Sabah serbu 2 penempatan PATI di Keningau, 141 individu ditahan 

KENINGAU – Seramai 141 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan selepas  operasi penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di dua penempatan sekitar daerah tersebut, pada awal pagi Selasa.

Menurut Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof, operasi ini dijalankan berdasarkan aduan awam dan operasi risikan tersebut telah dijalankan lebih kurang satu bulan.

Jelasnya, seramai 84 pegawai Imigresen dengan kerjasama daripada Agensi RELA telah memeriksa seramai 216 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan warganegara tempatan.

“Hasil pemeriksaan, seramai 141 warganegara asing yang terdiri daripada 64 lelaki dan 77 perempuan.

“Pecahan terdiri daripada seramai 10 lelaki dewasa, 38 perempuan dewasa, 38 kanak-kanak lelaki dan 31 kanak-kanak perempuan warganegara Filipina dan 16 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia telah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Katanya, kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

“Kesemua warganegara asing yang ditahan telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Papar, Sabah untuk siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saleha berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan–Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” tegasnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan