Kes Zara Qairina: Fadhlina nafi tidak bertindak, beri amaran terhadap penyebar fitnah

KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa beliau dan kementeriannya tidak mengambil tindakan dalam kes melibatkan pelajar, arwah Zara Qairina, sehingga tular di media sosial.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya pada Isnin, Fadhlina menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah berat dan tidak berasas, sambil menegaskan bahawa tindakan segera telah pun diambil sejak hari pertama insiden berlaku.

“Tidak benar. Fitnah ini berat dan sedang berleluasa.

“Berhentilah menyebarkan fitnah tanpa usul periksa,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa telah menziarahi keluarga arwah di hospital Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu dan memastikan semua keperluan keluarga diteliti serta disediakan.

Malah, katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah turut diarahkan untuk menyalurkan bantuan segera.

Pada 18 Julai, Fadhlina mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dalam siasatan kes tersebut.

“Saya teliti laporan harian dan memantau secara dekat kes ini serta memastikan JPN Sabah memberi bantuan terbaik kepada keluarga.

“Kes ini adalah tumpuan utama kami di Kementerian pada waktu ini,” katanya.

Fadhlina turut berkata bahawa beberapa siri ziarah cakna telah dilaksanakan oleh JPN Sabah kepada keluarga dan intervensi krisis serta sokongan trauma juga diberikan kepada murid, guru dan warga sekolah yang terlibat bagi memastikan kesejahteraan psikososial terpelihara.

Memahami kegusaran masyarakat, beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan susulan pada 25 Julai yang menegaskan bahawa KPM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya terdapat salah laku dalam kes ini.

“KPM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak polis.

“Saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada polis untuk menjalankan siasatan yang profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti,” ujarnya.

Fadhlina turut menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran berita tidak sahih yang boleh menjejaskan pihak yang tidak bersalah, termasuk guru dan murid di sekolah terlibat.

“Dalam kita mengharapkan keadilan bagi kes ini, jangan pula menganiaya orang lain.

“Berhentilah menyebarkan berita yang tidak sahih,” tegasnya.

Katanya lagi, KPM tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang boleh menggugat kesejahteraan warga pendidikan.

Untuk rekod, kenyataan beliau di Facebook disertakan dengan pautan kepada laporan rasmi daripada agensi berita utama termasuk Bernama, Astro Awani dan Utusan Borneo.

Pada 17 Julai lalu, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini pada pukul 1 tengah hari. 

Zara dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama itu pada pukul 4 pagi, 16 Julai.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan