Kerajaan perlu penyelesaian dasar awam inovatif

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan penyelesaian dasar awam yang inovatif untuk mencapai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia berlaku ketika negara berada pada titik perubahan, menghadapi cabaran daripada kecerdasan buatan generatif (GenAI), dinamik perdagangan global yang berubah, krisis iklim yang mendesak dan populasi semakin berusia.

“Untuk mencapai tahap ini, adalah penting untuk melaksanakan penyelesaian dasar awam yang inovatif yang mencerminkan nilai Madani seperti kelestarian, kesaksamaan dan keterangkuman melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan.

“Dinamik ini akan dibincangkan di PRAXIS 2024, yang menghimpunkan penggubal dasar, sektor swasta, masyarakat sivil, dan akademik,” katanya berucap secara maya di PRAXIS 2024 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) hari ini.

PRAXIS adalah persidangan dasar awam utama ISIS Malaysia, yang direka untuk merapatkan idea dan menterjemah teori ke dalam amalan.

Dengan tema ‘Dasar untuk Masa Depan yang Lebih Baik’, persidangan itu membincangkan isu berkepentingan nasional seperti menyesuaikan masa depan pekerjaan Malaysia dengan GenAI, mengimbangi peraturan platform media sosial dengan pertimbangan kebebasan bersuara, meneroka teknologi dekarbonisasi baharu untuk mencapai sifar bersih, dan banyak lagi.

Dengan menangani isu baharu itu, ia dijangka dapat memacu strategi utama Malaysia ketika negara mengambil alih jawatan pengerusi Asean pada tahun hadapan.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor