Takiyuddin, TMB, Annuar jangan jahil pasal tanah – Zawawi

GUA MUSANG – Ahli politik pembangkang tidak sepatutnya menjadikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sebagai modal atau bahan kempen mereka sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Ini termasuklah tindakan seperti mengulangi tuduhan tidak betul berkaitan status hak milik tanah dihadapi peneroka di bawah kendalian Kesedar.

Pengerusinya, Datuk Zawawi Othman sebaliknya mencabar kerajaan Kelantan mengagihkan geran atau hak milik tanah kepada generasi kedua dan ketiga peneroka sebagaimana mereka meluluskan ribuan ekar tanah pengusaha durian Musang King.

“Bagi pihak Kesedar, memang kita berusaha untuk selesaikan isu pengagihan geran tanah ini, cuma kita akui prosesnya mengambil masa.

“Kita ada Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) dan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)… ini adalah program pembangunan utama Kesedar sejak awal penubuhan lagi.

“Dalam RPT ini kebanyakannya memang milik Kesedar dan akan dipindah milik kepada peneroka selepas selesai semua prosedur pertukaran hak milik,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Zawawi bagaimanapun memaklumkan, isu di RKT adalah berbeza kerana ia adalah program penyusunan semula masyarakat sebelum Kesedar ditubuhkan.

Katanya, peneroka di RKT perlu menguruskan sendiri pemilikan tanah mereka melalui Pejabat Tanah dan Jajahan.

“Saya perlu jelaskan perkara ini kerana mereka serang kita (Kesedar) ketika tempoh PRK, kerana mereka ingin mendapat simpati dan memburukkan kerajaan persekutuan akhirnya Kesedar yang diserang.

“Kebetulan mereka serang kita ketika pilihan raya, jadi kita jawab pada masa pilihan raya. Kalau mereka serang selepas pilihan raya, kita jawab selepas pilihan raya, jadi kita kena perbetulkan perkara ini. Jadi Takiyuddin, TMB (Timbalan Menteri Besar) jangan jahil sangat tentang tanah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas