Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa serta ketirisan negara.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, mekanisme berkenaan penting bagi membolehkan tindakan lebih pantas diambil terhadap individu yang didapati mengancam kepentingan dan keselamatan negara.

Beliau berkata, pengalaman ketika pernah ditahan dua kali di bawah ISA menyebabkan beliau memahami keperluan akta berkenaan dalam aspek keselamatan negara, walaupun pernah menjadi antara ahli Parlimen yang menentang kemasukan ISA ketika pentadbiran Datuk Seri Najib
Razak.

“Saya antara satu-satunya ahli Parlimen yang menentang pemasukan ISA ketika itu. Penyokong kerajaan dan parti pembangkang semua menyokong, tetapi saya sebagai wakil bebas menentangnya.

“Walaupun saya dua kali kena tahan ISA, saya memahami kenapa perlunya ISA untuk menjaga keselamatan negara,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Rabu.

Menurut Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, keadaan kini jauh berbeza berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan media sosial yang membolehkan pelbagai kandungan disebarkan menggunakan akaun palsu atau nama samaran.

Katanya, keadaan itu menyukarkan pihak berkuasa, termasuk polis dan pihak berkaitan komunikasi, untuk mengenal pasti serta mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan platform digital.

“Dulu belum ada media sosial, belum ada TikTok, WhatsApp, Instagram dan Threads. Sekarang macam-macam berita keluar dan mereka boleh menggunakan akaun palsu serta nama samaran.

“Jadi, sukar untuk pihak berkuasa bertindak, apatah lagi untuk mendakwa di mahkamah. Kalau paling kuat pun, mereka boleh menahan, tetapi tindakan itu pula boleh dipersoalkan sebagai menyekat kebebasan bersuara dan bertentangan dengan semangat demokrasi,” katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim berpandangan pemantauan terhadap ancaman keselamatan wajar diletakkan di bawah mekanisme pihak keselamatan dan bukan hanya bergantung kepada agensi komunikasi.

Beliau turut mengaitkan pendekatan itu dengan Akta Sabotaj Ekonomi Negara yang menurutnya boleh digunakan untuk menangani isu rasuah dan ketirisan dengan lebih berkesan.

“Ini saja caranya untuk menangani rasuah. Kalau tidak, buang masa. Siasatan mengambil masa dan apabila hendak didakwa pula mengambil masa lagi.

“Yang penting sekarang dalam usaha menangani rasuah ialah mekanisme penyiasatan kena cepat dan hukuman kena cepat,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM