Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, hukuman maksimum sedia ada dilihat belum memadai sekiranya pesalah yang disabitkan masih boleh menerima hukuman jauh lebih ringan.

“Kalau hukuman maksimum penjara 20 tahun, tetapi hakim boleh beri dua atau tiga tahun, kita perlu pinda supaya hukuman itu mandatori,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Rabu.

Beliau turut menyifatkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penipuan sebagai antara punca utama ketirisan yang menjejaskan negara serta kehidupan rakyat.

Menurutnya, kegiatan berkenaan bukan sahaja dilakukan oleh individu biasa, malah turut membabitkan golongan berjawatan tinggi dan profesional yang mempunyai pengetahuan serta kedudukan untuk memanipulasi sistem.

Ibrahim berkata, aspek konflik kepentingan juga perlu diberikan perhatian serius, termasuk membabitkan individu yang memegang jawatan dalam agensi kerajaan tetapi pada masa sama mempunyai kepentingan perniagaan berkaitan aset atau urusan agensi berkenaan.

“Contohnya, kalau saya menjadi pengerusi sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanah, tetapi saya sendiri ada perniagaan dan saya menjualnya, itu satu perkara yang perlu dilihat dari sudut penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan,” katanya.

Beliau menegaskan usaha membanteras rasuah perlu dilihat sebagai agenda untuk memastikan kekayaan negara dapat dinikmati rakyat dan tidak terus terhakis akibat ketirisan, salah guna kuasa serta amalan rasuah.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap