Kewujudan tandak air bukti kegagalan kerajaan Pas Kelantan

GUA MUSANG – Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Zawawi Othman mengingatkan kerajaan Kelantan agar menyerahkan tanggungjawab kepada agensi lain seperti Kesedar untuk mengurus bekalan air bersih kepada penduduk sekitar Kelantan.

Ia berikutan kegagalan anak syarikat milik kerajaan negeri itu yang dilihat gagal menyediakan bekalan air bersih yang juga menjadi keperluan asas kepada rakyat di negeri ini meskipun sudah menerajui kerajaan selama lebih tiga dekad.

“Apabila berlaku masalah air ini, maka yang patut disalahkan adalah Air Kelantan Sdn Bhd tetapi, nasib baik (isu) air di Kelantan ini kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kesedar membantu dalam menyediakan air di Kelantan.

“Walau bagaimanapun ada masa air tandak ini juga bermasalah dan jangan salahkan kerajaan pusat, sebab ini bukan tanggungjawab dia (kerajaan persekutuan), dia hanya membantu.

“Dan kalau dia (kerajaan negeri) tidak mampu, dia boleh ‘surrender’ , dan kita di Kesedar sanggup menjadi syarikat pengendali air ini. Kalau tak nak bagi seluruh Kelantan Selatan pun bagilah Gua Musang, insya-Allah kita akan buat yang terbaik.

“Inilah menunjukkan kegagalan kerajaan negeri dalam mengurus anak-anak syarikat dia untuk memberi kebaikan dan kemudahan kepada rakyat Kelantan, selain menyebabkan kesulitan,” katanya kepada The Malaysia Press.

Selain daripada bahagian besar kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri serta di kebanyakan tempat di Kelantan, masyarakat di negeri ini masih bergantung kepada air tandak daripada sumber air bukit untuk menjalani kehidupan seharian.

Di negeri yang juga dikenali sebagai ‘Serambi Mekah’ ini, masalah berkait dengan bekalan air bersih telah sekian lama membelenggu penduduknya, sehinggakan sumber air bagi kegunaan harian penduduk sering disamakan dengan ‘teh tarik’.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok