Pekerja ladang maut dipijak gajah

ROMPIN – SEORANG lelaki warga Indonesia maut dipijak gajah dalam kejadian di kawasan Ladang Rangkaian Tebu Hitam, dekat Rompin, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun itu maut di tempat kejadian.

“Berdasarkan laporan, seorang pekerja ladang yang juga pengadu melihat mangsa berlari ketakutan menuju ke arahnya pada jam 3 petang akibat dikejar tiga ekor gajah.

“Dalam situasi cemas itu, pengadu turut berlari menyelamatkan diri bersama seorang lagi rakan sekerja sebelum meminta bantuan.

“Kira-kira dua jam kemudian, pengadu dan rakannya kembali semula ke tempat kejadian dan menemui mangsa meninggal dunia dalam keadaan keadaan terbaring dipercayai dipijak gajah,” katanya.

Nor Azman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dipijak haiwan tersebut,” katanya.

Nor Azman berkata, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak Perhilitan dan dalam tindakan agensi berkenaan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok