Itali rakan strategik utama Malaysia di benua Eropah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia menganggap Itali sebagai rakan strategik utama di benua Eropah dan komited untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, kestabilan serta keamanan yang dikecapi Malaysia dan rantau Asia Tenggara telah mewujudkan persekitaran ekonomi yang rancak serta menyumbang kepada pertumbuhan sektor swasta yang kukuh.

“Selain itu, selaku Pengerusi ASEAN, kunjungan ini juga akan memperhebat nilai pada sisi hubungan rantau Asia Tenggara dan Eropah dalam landskap geopolitik dan geoekonomi yang terus mencabar.

“Saya yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan manfaat yang konkrit serta melonjak hubungan Malaysia dan Itali ke tingkat yang cemerlang dan terbaik,” katanya di menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Anwar sempat menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama diaspora Malaysia yang menetap di Itali, sejurus tiba untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke negara itu atas jemputan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Dalam ucapannya, beliau turut mengiktiraf peranan rakyat Malaysia di luar negara sebagai duta kecil negara yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Saya tegaskan bahawa diaspora Malaysia merupakan aset penting sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa.

“Justeru, saya titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan, demi menyumbang semula kepada tanah air,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri berkata, lawatan ini juga bertujuan merapatkan hubungan antara rantau Asia Tenggara dan benua Eropah, khususnya dalam menghadapi cabaran geopolitik global yang semakin mencabar.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai