‘Turun Anwar’ gimik terdesak, PN cuba sabotaj politik dan ekonomi Kerajaan MADANI

PARTI Amanah menyifatkan kempen ‘Turun Anwar’ yang digerakkan pembangkang dan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) sebagai tindakan terdesak dan satu bentuk politik sabotaj terhadap usaha Kerajaan MADANI memulihkan serta memacu ekonomi negara.

Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil berkata, ketika blok pembangkang dilihat masih tercari-cari arah dan gagal menjayakan agenda seperti SG4, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus gigih memastikan pembangunan dilaksanakan di semua negeri termasuk yang diperintah oleh PN.

Katanya, pelbagai pencapaian positif dilaporkan hanya dalam tempoh sebulan ini menjadi bukti bahawa kerajaan pimpinan Anwar merupakan pilihan terbaik untuk mengemudi Malaysia, terutama ketika cabaran global semakin mencengkam.

Jelasnya lagi, meskipun prospek ekonomi dunia dijangka lebih mencabar berikutan konflik di Asia Barat, perang perdagangan serta ekonomi China yang masih perlahan, Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan global pada kadar paling lemah sejak krisis kewangan 2008.

“Malaysia seperti negara-negara lain juga boleh terkesan oleh kelemahan ekonomi dunia dan serantau.

“Namun, pakar-pakar ekonomi masih menganggarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar empat peratus tahun 2025 dan ini membuktikan ekonomi negara masih kukuh selaras dengan perkembangan aktiviti perniagaan tempatan.

“Oleh itu, kempen ‘Turun Anwar’ yang digerakkan pembangkang satu tindakan terdesak untuk mengganggu pembangunan ekonomi yang baik dan mampan yang sedang diusahakan Anwar.

“Dengan prestasi baik Kerajaan MADANI menguruskan ekonomi negara dan keperluan pemulihan ekonomi rakyat hari ini, rakyat seharusnya bersatu menyokong usaha Anwar. Kestabilan yang wujud untuk tempoh tiga tahun ini yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi negara yang baik ini perlu dikekalkan,” katanya .

Faiz turut mengulas rancangan pembangkang untuk menganjurkan demonstrasi pada 26 Julai di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada kempen menolak kepimpinan perdana menteri.

Menurut beliau, data semasa menunjukkan asas ekonomi negara kekal stabil, dengan kadar inflasi bagi Mei 2025 berada pada tahap terendah dalam 51 bulan – hanya 1.2 peratus. Kadar pengangguran juga menunjukkan trend positif apabila turun ke paras terendah dalam sedekad, iaitu tiga peratus pada April lalu.

“Di samping itu, jumlah pelaburan diluluskan untuk suku pertama telah melonjak mencecah RM90 bilion, di mana lebih RM60 bilion adalah daripada pelabur asing. Malaysia juga adalah satu-satunya negara yang melonjak 11 tangga dalam World Competitiveness Ranking 2025 dan mencapai kedudukan ke-23, iaitu prestasi terbaik sejak tahun 2020.

“Data-data ini hanyalah sebahagian daripada prestasi baik Kerajaan MADANI walaupun makroekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.

“Selain itu, perkembangan rundingan Malaysia-Amerika Syarikat dalam isu tarif perdagangan adalah sangat positif dan dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah