
SEPANYOL bakal diperkuatkan dengan kehadiran semula Lamine Yamal dan Mikel Oyarzabal menjelang pertemuan menentang England dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi Isnin ini.
Kedua-dua pemain itu terlepas aksi kemenangan 2-0 ke atas Republik Czech, awal pagi tadi, namun pengendali Luis de la Fuente mengesahkan mereka akan kembali menyertai kem pasukan.
Yamal sebelum ini menjalani pemulihan kecederaan lutut di Barcelona, manakala Oyarzabal berada di San Sebastian bagi urusan kelahiran anak keduanya.
“Lamine kini berasa sangat baik dan tidak sabar untuk menyertai skuad esok. Mikel juga akan bersama kami,” kata De la Fuente.
Sepanyol mendahului England dengan tiga mata dan hanya memerlukan seri untuk mengekalkan kedudukan teratas kumpulan, dengan kedua-dua pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir.


