ASEAN All-Stars malukan United di Bukit Jalil

MANCHESTER United terus gagal mencatat kemenangan ketika berdepan pasukan ASEAN All-Stars selepas tumpas 0-1 pada aksi Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional di Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pemain sayap gantian, Maung Maung Lwin, muncul wira skuad gabungan pemain dari Asia Tenggara itu selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa kedua.

Beraksi di Kuala Lumpur – sejak kali terakhir pada 2009 – United memahami keinginan peminat apabila membariskan skuad gabungan pemain berpengalaman dan muda, antaranya Andre Onana, Harry Maguire, Casemiro, Diogo Dalot, Manuel Ugarte dan Rasmus Hojlund.

Onana paling mencuri tumpuan apabila nama penjaga gol berusia 29 tahun itu beberapa kali dilaungkan penyokong setiap kali bola berada dalam kawalannya.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan United menguasai kawalan bola, namun seakan seimbang dengan kedua-dua benteng pertahanan pasukan beberapa kali diuji.

Pemain dari Filipina, Amani Aguinaldo, memiliki peluang untuk meletakkan pasukan di depan tetapi rembatan padunya pada minit ke-16 melambung tinggi, sebelum Maguire pula kecewa apabila tandukannya diselamatkan penjaga gol, Patiwat Khammai pada minit ke-24.

Tiga minit kemudian, Onana bertindak cemerlang menyelamatkan rembatan deras dari jarak dekat pemain Filipina Sandro Reyes.

Menghampiri masa rehat, United kendalian Ruben Amorim menggandakan asakan yang memaksa Patiwat bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada Kobbie Mainoo.

Bersambung babak kedua, Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho dan Amad Diallo dimasukkan untuk memperkuat jentera serangan.

Serangan balas pantas ASEAN All-Stars menyaksikan Maung Maung Lwin dengan tenang melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol gantian United, Thomas Heaton, pada minit ke-71.

Selepas aksi di Bukit Jalil, United dijadual meneruskan jelajah pascamusim ke Hong Kong untuk bertemu pasukan kebangsaan negara itu malam esok.

Related Posts

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

KUCHING – Kontinjen Para SUKMA Sarawak bertekad mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Para SUKMA ke-22 di Selangor, biarpun bakal berdepan cabaran sengit berikutan perubahan had umur atlet. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit