Norza sedia lepas jawatan Presiden BAM

TAN Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam tempoh terdekat.

Difahamkan ia susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

“Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM.

“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita,” katanya kepada The Star.

Mohamad Norza pada Mei lalu meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin badan induk badminton negara itu selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.

Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.

“Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini.

“Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.

“Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini,” ujar Mohamad Norza.

Dia sebelum ini terpalit dengan kontroversi kehadiran ahli keluarga di venue pertandingan di Paris.

Related Posts

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

ERLING Haaland muncul wira Norway apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya mencipta kejutan menewaskan Brazil 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, sekali gus mengesahkan tempat ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maghribi lolos ke suku akhir, tewaskan Kanada 3-0

MAGHRIBI muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Kanada 3-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik. Azzedine Ounahi muncul wira apabila meledak dua gol pada babak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal