Azizulhasni, Shah Firdaus lepasi sesi kelayakan

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu apabila mencatat 9.402 saat (s) pada sesi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi.

Catatan dilakukan itu mengatasi rekod 9.523s miliknya yang dilakar pada ACC di Nilai tahun lalu.

Azizulhasni dikenali The Pocket Rocketman menamatkan sesi kelayakan itu di kedudukan ke-10 untuk mara ke pusingan pertama malam ini.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom turut berada dalam kelompok 24 pelumba ke pusingan pertama apabila berada di tempat ke-22 dengan catatan 9.635s.

Pusingan kelayakan itu turut menyaksikan dua kali rekod dunia yang sebelum ini dipegang pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul (9.100s) berjaya dipecahkan.

Pelumba Australia, Matthew Richardson terlebih dahulu memecahkan rekod dunia apabila mencatat 9.091s.Pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda yang tampil sebagai pelumba terakhir dalam pusingan kelayakan itu bagaimanapun berjaya melakar rekod dunia baharu dengan catatan masa 9.088s.

Azizulhasni akan berdepan Luca Spiegel dari Jerman di pusingan pertama manakala Shah Firdaus berdepan pelumba Israel, Mikhail Iakovlev.

Sementara itu, pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terkandas di pusingan pertama acara keirin apabila menamatkan perlumbaan heat kelima di kedudukan keempat.

Nurul Izzah yang kali pertama tampil di Sukan Olimpik bagaimanapun masih berpeluang untuk ke suku akhir apabila akan bersaing dalam pusingan repechage, malam ini.

Related Posts

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

ERLING Haaland muncul wira Norway apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya mencipta kejutan menewaskan Brazil 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, sekali gus mengesahkan tempat ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maghribi lolos ke suku akhir, tewaskan Kanada 3-0

MAGHRIBI muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Kanada 3-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik. Azzedine Ounahi muncul wira apabila meledak dua gol pada babak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal