Penduduk Saratok bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohammad Duri membuat tinjauan Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) Bekalan Elektrik Luar Bandar di Batu 1 belakang bangunan JKR Saratok yang siap dengan kerja pemasangan tiang dan kabel agihan 3 fasa menuju ke kawasan tersebut.

“Saya berharap agar keluarga yang terlibat di dalam projek tersebut dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam sebelum tahun ini berakhir.

“Selain itu, saya percaya dengan komitmen yang diberikan oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dan kontraktor yang terlibat dalam menunaikan impian penduduk menikmati bekalan elektrik 24 jam ini akan cepat tertunai.

“Saya juga sempat berpesan kepada keluarga keluarga yang terlibat agar berhati-hati terhadap sebarang penipuan dalam proses menerima bekalan elektrik tersebut,” katanya.

Katanya, sudah banyak kes yang melibatkan beberapa kawasan yang sudah dibayar secara tunai sehingga kini belum mendapat bekalan elektrik.

Turut hadir wakil Pergerakan Sayap Belia PBB 1828 Cawangan Kalaka.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak