Tindakan Ahli Parlimen Raub bersifat peribadi, PN ketandusan idea – Wan Rosdy

BIDOR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa ‘Op Sekat” minggu lalu adalah tindakan peribadi.

Tegas beliau, pendekatan yang diambil wakil rakyat DAP itu bukan mewakili pendirian parti secara keseluruhan.

“Tindakan beliau tidak mewakili keseluruhan kerajaan negeri, Kerajaan MADANI mahupun BN atau Pakatan Harapan.

“Tindakan itu (menghalang) dibuat Yu Hui lebih kepada secara individu.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Negara kita ada peraturan dan undang-undang yang wajib dipatuhi,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pas yang mempersoalkan pendirian UMNO terhadap tindakan Yu Hui dalam isu pencerobohan itu.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, sehingga kini belum ada mana-mana kenyataan rasmi dikeluarkan pimpinan UMNO yang mengecam isu tersebut.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Sehubungan itu, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO menasihatkan agar pihak pembangkang, Perikatan Nasional (PN) tidak memanipulasikan fakta kes terbabit bagi menimbulkan persepsi mahupun fitnah.

“PN dinasihatkan lebih kreatif dan tidak menggunakan isu pekebun durian tanpa lesen di Pahang sebagai modal ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

“Sedangkan foto yang tiada kebenaran pun mereka boleh buat poster.

“Jadi mereka (PN) akan gunakan apa sahaja walaupun salah kerana ketandusan idea,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu lagi.

Tambah beliau, BN sebaliknya meneruskan tempoh kempen ini dengan berterusan mendekati rakyat dan memaklumkan kepada mereka mengenai perancangan akan datang jika diberi mandat untuk meneruskan kemenangan di Ayer Kuning.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak