480 ahli sertai UMNO, Bersatu berkubur di Nenggiri

GUA MUSANG – Seramai 480 ahli daripada 12 cawangan Bersatu di Dewan Undangn Negeri (DUN) Nenggiri di sini, mengambil keputusan beralih sokongan kepada UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu diambil susulan mereka telah hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Selain itu katanya, peralihan sokongan itu juga mungkin disebabkan mereka merasakan Pas bukan hanya menunggang Islam malah turut melakukan perkara sama terhadap rakan gabungan mereka.

“Saya ingin mengucapkan selamat datang. Selamat menyertai UMNO kepada saudara Che Ariffin Hussin yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang menyertai UMNO bermula hari ini.

“Ini adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Bersatu dan tentunya ini merupakan satu dasar yang harus diikuti oleh ahli Bersatu yang lain,” katanya pada sidang media di Dewan Kampung Jerek, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerusi DUN Nenggiri yang kini ditandingi bekas Timbalan Pemuda PAS Gua Musang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Nenggiri adalah sebenarnya milik Bersatu.

Katanya, dalam erti kata lain calon yang diletakkan di kerusi DUN berkenaan adalah calon dari Pas yang keluar dari parti itu seterusnya menyertai Bersatu.

“Pengundi Nenggiri jangan tertipu sekali lagi pada 17 Ogos ini. Kita mengharapkan agar orang Nenggiri akan beralih kepada BN semula dan memilih saudara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai Ahli Dewan Undangn Negeri N43 Nenggiri.

“Itulah taktik yang mereka gunakan. Bukan saja menipu rakyat tetapi mereka mahu mengelirukan pengundi Bersatu di Nenggiri seolah-olah mereka mewakili Bersatu. Hakikatnya mereka mewakili Pas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut menyatakan ‘letter of demand’ sudah dikeluarkan kepada ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis untuk menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

Pada Rabu lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Muhamad Jailani bagi tujuan berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, mesyuarat mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

Related Posts

Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

KUALA LUMPUR – Individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang ditetapkan mahkamah, tegas Pakatan Harapan (PH). Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM