Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demikian setelah menghubungi bapa Allahyarham Kapten Zainol Afiq bagi menyampaikan salam takziah daripada beliau, isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Katanya, kenangan ketika Allahyarham bertanggungjawab menerbangkannya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) turut mengundang rasa sebak dan menyentuh hati.

“Terlalu berat ujian kehilangan ini, lebih-lebih lagi buat keluarga dan anak-anak yang masih kecil.

“Inilah sahabat yang bantu ketika kita susah dulu, Bawa ke sana sini. Very nice guy, Sopan, salam nak naik, salam nak turun.

“Saya titipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ini untuk terus melangkah menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam panggilan telefon pada Rabu.

Dalam kejadian itu, sebuah helikopter PDU yang membawa empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang, Sarawak.

Beliau turut meminta semua pihak memberikan ruang kepada keluarga mangsa yang sedang melalui saat sukar, selain mengelakkan sebarang spekulasi sementara menunggu maklumat sah daripada pihak berkuasa.

“Malaysia meratapi pengorbanan dan limpah bakti mereka kepada negara.

“Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan para syuhada,” katanya.

“Ingatan dan doa saya, Azizah serta keluarga sentiasa bersama seluruh keluarga dan waris mangsa. Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan,” katanya.

Related Posts

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada negara berkenaan. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM