FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John, ketika mengulas mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang dijadual berlangsung pada 17 September ini.

Menurut Windsor, pemantauan terhadap proses pemilihan jawatankuasa tertinggi persatuan bukan perkara baharu kerana ia sememangnya dilakukan oleh AFC dan FIFA.

“AFC dan FIFA sentiasa memantau pemilihan jawatankuasa tertinggi setiap persatuan yang bernaung dengan mereka termasuklah membabitkan FAM,” katanya, ketika dihubungi Berita Harian, di sini.

Bagaimanapun, Windsor berkata, beliau tidak pasti sama ada isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain berkenaan akan menyebabkan FIFA memberikan perhatian lebih ketat terhadap pemilihan FAM.

Katanya, perkara berkenaan bergantung kepada sama ada wujud unsur penipuan atau ketirisan dalam proses yang berlangsung.

“Saya tidak pasti isu pemalsuan dokumen tujuh pemain berkenaan menyebabkan FIFA akan memantau lebih ketat pemilihan FAM terbabit.

“Namun jika ada sebarang unsur penipuan atau ketirisan mungkin perkara itu boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Pemilihan Exco FAM pada 17 September ini menjadi antara tumpuan utama selepas berdepan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain berkenaan.

Perkembangan itu turut menyaksikan perhatian terhadap FAM bukan sahaja tertumpu kepada prestasi skuad kebangsaan di atas padang, malah turut membabitkan aspek pengurusan dan tadbir urus badan induk berkenaan.

Dalam masa sama, proses pemilihan kepimpinan baharu FAM bakal menentukan barisan yang akan menerajui badan induk bola sepak negara selepas ini.

Mengikut rekod, Presiden Liga Bolasepak Malaysia Datuk Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor Datuk Seri Shahril Mokhtar diumumkan sebagai dua calon yang bertanding bagi jawatan Presiden FAM.

Related Posts

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

HARRY Kane meraikan penampilan ke-125 bersama England dengan dua gol ketika skuad kendalian Thomas Tuchel menewaskan Republik Czech 3-0 pada aksi Liga Negara-Negara di Wembley, awal pagi tadi. Kemenangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan