BN sudah hantar LOD RM100 juta kepada ADUN Rembia

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Datuk Muhammad Jailani Khamis ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia di Melaka itu ‘melompat’ ke Pas, baru-baru ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata ia adalah langkah awal bagi parti berkenaan mendapatkan pampasan RM100 juta daripada Muhammad Jailani.

“Untuk ADUN Rembia, LOD telah dikeluarkan kepada beliau untuk membayar RM100 juta kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program ramah mesra bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi Jerek sempena pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri di Gua Musang, petang tadi.

Muhammad Jailani – yang asalnya ahli UMNO sebelum menyertai PKR dan berubah menjadi ADUN bebas – diumum menjadi ahli Pas pada 16 Julai lalu.

Ia diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut mendakwa langkah itu tidak menjejaskan kedudukan Muhammad Jailani sebagai ADUN kerana dibuat sebelum Melaka menguatkuasakan peraturan anti lompat parti.

Media sebelum ini melaporkan BN akan menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada Muhammad Jailani kerana melanggar aku janji diikrarkannya semasa bersetuju menjadi calon parti berkenaan pada 20 November 2021.

Ahmad Zahid menegaskan tindakan susulan akan diambil jika Muhammad Jailani masih gagal membuat bayaran seperti ditetapkan.

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026