Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gabungan itu turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya setiap kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa disiasat secara menyeluruh tanpa mengira kedudukan atau latar belakang pihak yang terlibat.

“PH berpendirian bahawa mana-mana individu yang telah disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani sepenuhnya hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Prinsip kedaulatan undang-undang juga menuntut supaya proses kehakiman yang sedang berjalan diberikan ruang untuk diselesaikan secara teratur dan bebas,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

Saifuddin menegaskan perkara itu penting bagi mengelakkan timbul persepsi bahawa sesuatu proses kehakiman telah didahului atau dipengaruhi oleh pertimbangan lain.

“Pendirian berkenaan amat penting ketika Malaysia berada dalam fasa memulihkan dan memperkukuh tatakelola negara selain mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi awam.

“Sebarang keputusan membabitkan kes berprofil tinggi perlu mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap kesungguhan negara dalam melaksanakan agenda membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya mengingatkan bahawa beberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini telah memberi kesan besar terhadap nama dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara telah berusaha keras untuk membina semula keyakinan terhadap institusi, tatakelola serta keupayaan Malaysia menangani rasuah dan salah guna kuasa. Momentum pemulihan ini perlu terus dipelihara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata gabungan tersebut dibina atas sokongan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang meletakkan harapan besar terhadap agenda Reformasi.

“Aspirasi berkenaan merangkumi pembentukan sebuah negara yang bersih, berintegriti dan bertanggungjawab, sekali gus menuntut gabungan itu untuk kekal konsisten mempertahankan prinsip yang diperjuangkan.

“Pakatan Harapan dibina atas dokongan rakyat Malaysia yang meletakkan harapan besar terhadap agenda Reformasi serta pembentukan sebuah negara yang bersih, berintegriti dan bertanggungjawab.

“Gabungan ini turut mengakui pendirian berasaskan prinsip berkenaan perlu dipertahankan walaupun berdepan situasi mencabar serta tekanan daripada pelbagai sudut.

“PH pada masa sama mengulangi komitmennya untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati institusi negara,” tegasnya.

Namun, katanya, pendirian tersebut akan terus disertai dengan ketegasan mempertahankan prinsip Reformasi, kedaulatan undang-undang serta perjuangan membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Related Posts

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

KUALA LUMPUR – Individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang ditetapkan mahkamah, tegas Pakatan Harapan (PH). Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

PADANG BESAR – Parti Wawasan Negara (Wawasan) mula membuka tapak politik di Perlis apabila sekumpulan pimpinan akar umbi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Padang Besar mengumumkan keluar parti sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong zahir takziah mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Sarawak

Agong zahir takziah mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Sarawak

Proklamasi turunkan Tuanku Muhriz dari takhta tidak sah, tegas Undang Sungei Ujong

Proklamasi turunkan Tuanku Muhriz dari takhta tidak sah, tegas Undang Sungei Ujong

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

Bekas pengasuh taska didakwa aniaya budak berusia 2 tahun

Bekas pengasuh taska didakwa aniaya budak berusia 2 tahun

Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah

  • By Ithma
  • September 9, 2026
Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah