Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada negara berkenaan.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipanjangkan melalui kedutaan serta Wisma Putra, manakala Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) turut menyediakan aset yang diperlukan sekiranya bantuan berkenaan dipersetujui.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan juga Wisma Putra ada memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa senarai aset yang mampu kita sediakan untuk membantu negara jiran telah disampaikan.

“Tetapi sehingga sekarang belum ada pengesahan mengenai apa-apa bentuk kerjasama untuk menggunakan aset dari Malaysia bagi membantu memadam kebakaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Pasca Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggesa menteri-menteri ASEAN supaya memandang serius isu jerebu rentas sempadan dan menambah baik mekanisme sedia ada bagi menangani masalah berkenaan.

Anwar berkata, masih terdapat ruang untuk memperkukuh mekanisme ASEAN ketika ini, khususnya dengan mengambil kira kesan jerebu terhadap kehidupan dan kesihatan orang ramai.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 40 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Jerebu yang melanda Malaysia ketika ini berpunca daripada asap tebal akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di beberapa wilayah di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, yang dibawa angin merentasi sempadan.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan