RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

TAWAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM5 juta dalam usaha mempergiat penglibatan golongan belia menerusi aktiviti sukarelawan kebajikan bersama warga emas menerusi program RYTHM-Ritma Kehidupan Harmoni.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, peruntukan itu melibatkan pelaksanaan 266 program dan enam program latihan di seluruh negara.

“Program RYTHM-Ritma Kehidupan Harmoni merupakan program sukarelawan hasil kerjasama strategik Jabstan Kebajikan Malaysia dan Kementerian Belia Sukan yang memfokuskan kepada penglibatan belia dalam perkhidmatan kebajikan.

“Di Tawau pula, program menyasarkan penyertaan 100 warga emas sebagai penerima manfaat dengan sokongan 30 sukarelawan belia, “katanya pada Program RHYTHM-Ritma Kehidupan Harmoni: Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan, Program Sihat Warga Emas, di Tawau.

Menurut Rina, program itu turut menjadi platform untuk menyemai semangat kesukarelawanan serta nilai ihsan dalam kalangan belia.

“Warga emas khususnya di Daerah Tawau akan terus mendapat sokongan tambahan daripada sukarelawan belia dalam bentuk intervensi sosial, aktiviti psikososial dan pemerkasaan komuniti.

“Penglibatan belia dalam program hari ini membuktikan bahawa belia kita mempunyai empati yang tinggi terhadap komuniti, terutamanya warga emas,” ujarnya.

Menurut ADUN Kukusan itu, kerajaan akan terus menyokong usaha memperkasa warga emas dan institusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) supaya golongan itu dapat menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan bermaruah.

Program itu turut menyaksikan sebanyak RM5,000 disumbangkan kepada PAWE Tawau bagi menyokong pelaksanaan aktiviti untuk golongan berkenaan.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM